Saturday, December 4, 2010

Melawat ke Mid Valley

Hari ini saya pergi ke MidValley. Selepas sarapan pagi, saya dan Zozo tergesa-gesa lari ke kereta ayah. Selepas itu kami bergegas ke MidValley untuk mengelakkan kesesakan jalan raya.

Sampai di MidValley, ayah mencari tempat untuk letak kereta. Oleh kerana kami selalu lupa di mana kereta ayah di 'park', kami mengambil gambar tempat kereta kami.
Mula-mula kami pergi main kereta mainan.
Cantik tak kereta -kereta ini? Besar and selesanya.......

Selepas itu, kami mengambil lebih gambar. Saya bersusah-payah bersenyum, tetapi emak lupa pulak untuk menggunakan 'flash' kamera.....
Saya mengambil gambar dengan beruang gergasi.
Lagi gambar beruang gergasi.....
Kami pergi membeli-belah. Terdapat berbagai benda yang cantik di sini. Tetapi, saya tak ada duit....emak yang kedekut tak akan beli untuk sayalah.
Kami juga singgah di kedai buku MPH. Saya berasa sungguh gembira kerana terjumpa buku "Adam Kecil" yang sudah lama saya inginkan.
Saya and Zozo membaca buku cerita di sini. Nasib baik, punggung kami kecil dapat berkongsi satu kerusi.


Kami juga pergi ke 'Big Boys Toys"...tempat kegemaran Zozo. Wah...banyaknya lego-lego yang hebat.
Orang lego is lebih besar dari saya!!!


Selepas itu, kami pergi the Gardens untuk makan tengahari. Alamak! makan sampai muka macam badut!
Setelah kenyang kami pun balik ke Jusco untuk bermain 'game'. Game pertama kami ialah 'Magic Mushroom'. Zozo menang 5 - 2.

Kami juga main boling. 190 ialah markahku.Saya masuk 'high score'.
Zozo kalah dengan ku.Dia mendapat 120 markah.Yipee!
Sebelum balik, kami mengambil gambar lagi.

Ini nampaknya macam 'cup cake'.Tetapi sebenarnya ialah
sebuah 'ferris wheel'.


Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment